PROGRAM E-TADBIR

BERSAMA MEMBANGUN UMMAH CEMERLANG

Taklimat Pengenalan E-TADBIR

Pengenalan

E-TADBIR ialah satu sistem pengurusan pentadbiran sekolah yang mana dapat memudahkan urusan pentadbiran sekolah, guru-guru, ibubapa dan pelajar.

Sistem ini juga memudahkan urusan pertukaran maklumat dan laporan bulanan antara Jabatan dan Sekolah.
Taklimat ini memberi peluang kepada pihak pengurusan sekolah untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang sistem ini serta kelebihanya.

Objektif program untuk:

  1. Memberi penerangan tentang E-TADBIR.
  2. Menaik taraf sistem pengurusan sekolah..
  3. Menyelesaikan masalah pengurusan rekod sekolah

Selepas program, peserta dapat:

  1. Sistem pengurusan rekod pelajar dan guru teratur.
  2. Memudahkan carian rekod guru dan pelajar.
  3. Menjimatkan masa untuk menghasilkan laporan Riten.

Bengkel Penggunaan E-TADBIR

Pengenalan

Bengkel ini membuka peluang kepada pihak sekolah untuk mempelajari dengan lebih terperinci tentang penggunaan E-TADBIR.

Modul penggunaan akan dibekalkan bagi memudahkan peserta membuat rujukan.

Objektif program untuk:

  1. Memberi latihan kepada guru dan kakitangan tentang penggunaan E-TADBIR.
  2. Memberikan latihan pengurusan website sekolah.
  3. Peserta memahami penggunaan E-TADBIR.

Selepas program, peserta dapat:

  1. Memahami fungsi dan penggunaan sistem E-TADBIR.
  2. Mengetahui cara memasukkan rekod pelajar dan guru ke dalam sistem E-TADBIR.
  3. Mengetahui cara mengemaskini website sekolah.

Prasyarat:

  • Peserta telah menjalani Taklimat Pengenalan E-TADBIR.

Bengkel Pengukuhan Penggunaan E-TADBIR

Pengenalan

Bengkel ini dijalankan bertujuan memberi latihan pengukuhan kepada guru dan kakitangan Sekolah berkenaan penggunaan E-TADBIR.

Peserta juga boleh berkongsi masalah dan pertanyaan jika terdapat permasalahan sepanjang penggunaan sistem tersebut.

Objektif program untuk:

  1. Memberi latihan pengukuhan kepada guru dan kakitangan sekolah.
  2. Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
  3. Mendapat maklum balas dari pihak sekolah untuk penambahbaikan sistem.

Selepas program, peserta dapat:

  1. Meningkatkan kemahiran dan kefahaman untuk mengunakan E-TADBIR.
  2. Menyelesaikan masalah yang timbul.
  3. Penerangan dan latihan susulan untuk mengunakan E-TADBIR.

Prasyarat:

  • Peserta telah mengikuti Bengkel Penggunaan E-TADBIR dan Taklimat Pengenalan E-TADBIR.

PAUTAN MENARIK

PUSTAKA NADWA SDN BHD

pustakanadwa@gmail.com

+6 03 8961 7180

No.7 Jalan Perusahaan 2/2A,
Taman Industri Selesa Jaya, Balakong,
43000 Selangor Darul Ehsan.

Share This

Share This

Share this post with your friends!