PROGRAM GURU

BERSAMA MEMBANGUN UMMAH CEMERLANG

Kursus Teknik Pengajaran Bahasa Arab

Pengenalan

Kursus ini diwujudkan khas untuk golongan pendidik.

  • Mempelajari teknik mudah dan berkesan untuk pengajaran Bahasa Arab.
  • Mencari kursus yang mengikut silibus pembelajaran semasa dan penekanan diberikan pada tajuk-tajuk utama asas pembelajaran Bahasa Arab.
  • Menambahkan kemahiran yang ada bagi meningkatkan penguasaan ilmu Bahasa Arab di kalangan murid.

Objektif program untuk:

  1. Memberi kemahiran baru dan mudah untuk diaplikasikan oleh guru.
  2. Memberi pencerahan terhadap tajuk-tajuk penting yang perlu dikuasai.
  3. Analisis kesalahan umum yang tidak disengajakan.

Selepas program, peserta dapat:

  1. Teknik dan kaedah yang boleh dipraktikan di dalam kelas.
  2. Menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab lebih efektif.
  3. Menambahkan keyakinan kepada guru-guru untuk mengajar.

Kursus Pemantapan Bahasa Arab

Pengenalan

Kursus ini memberi peluang kepada golongan pendidik untuk menguasai Bahasa Arab dengan baik. Pencerahan topik-topik penting mengikut permintaan dari peserta. Memperkukuhkan Bahasa Arab di kalangan guru.

Objektif program untuk:

  1. Mengukuhkan penguasaan empat kemahiran penting dalam Bahasa Arab.
  2. Menanamkan semangat dan keyakinan kalangan pendidik.
  3. Mengaplikasikan Bahasa Arab sebagai bahasa kedua.

Selepas program, peserta dapat:

  1. Meningkatkan kemahiran untuk mengajar Bahasa Arab dengan berkesan.
  2. Menjadi role model pada murid dalam usaha memakmurkan penggunaan Bahasa Arab.
  3. Meningkatkan penguasaan Bahasa Arab khususnya pada topik-topik pilihan.

Kursus Guru Dan Pedagogi

Pengenalan

Pedagogi adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan interaksi antara guru dan murid.

Kursus ini bertujuan untuk membantu para guru:

  • Bagaimana untuk mengajar dan menyampaikan ilmu menggunakan kaedah yang betul dan terbaik.
  • Memahami teori pedagogi dan implikasi praktikal supaya mereka dapat berfikir dan bertindak mengikut situasi yang berlaku.

Objektif kursus untuk:

  1. Memberi pendedahan tentang prinsip dan kaedah mengajar yang efektif dan efisyen.
  2. Membantu guru mempelbagaikan cara dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
  3. Meningkatkan kemahiran mengajar di kalangan guru.

Selepas kursus, peserta dapat:

  1. Mengaplikasikan konsep pengajaran dan pembelajaran berkesan.
  2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
  3. Melaksanakan pembelajaran bestari di bilik darjah.

Kursus Aplikasi Pedagogi

Pengenalan

Guru-guru akan diberi teknik dan kaedah untuk mengaplikasikan ilmu pedagogi ke dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut subjek yang telah dipilih.

Kemahiran baru yang membolehkan guru menyampaikan ilmu dengan lebih kreatif dan inovatif. Teknik dan kaedah berkesan dalam menyampaikan ilmu bagi subjek yang dipilih.

Objektif kursus untuk:

  1. Meningkatkan kemahiran mengajar terhadap sesuatu subjek di kalangan guru.
  2. Memberi panduan untuk mengaplikasikan ilmu tersebut di dalam bentuk praktikal.
  3. Menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan guru.

Selepas kursus, peserta dapat:

  1. Meningkatkan keyakinan untuk mengajar.
  2. Mengaplikasikan terus kemahiran tersebut di dalam kelas.
  3. Memberi nafas baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Prasyarat:

  • Peserta yang telah menyertai Kursus Guru & Pedagogi

Subjek Pilihan:

  • Jawi, Bahasa Arab, Akidah, Fekah, Tauhid, Sirah dan Adab

Program “GURU VIRAL”

Pengenalan

GURU?

Seorang pendidik yang menyampaikan ilmu dan dalam masa yang sama membentuk modal insan yang berketerampilan.
Pekerjaan yang bukan sahaja mendapat ganjaran berbentuk wang tetapi pahala yang berterusan selagimana ilmu tersebut diamalkan dan dimanfaatkan.

Seminar ini merupakan usaha untuk meningkatkan semangat dan motivasi guru-guru untuk terus mendidik anak bangsa serta merasa bangga dengan pekerjaan yang mereka lakukan sekarang.

Objektif program untuk:

  1. Guru mampu menghayati amanah dan tanggungjawab seorang guru.
  2. Memupuk semangat mendidik di kalangan guru.
  3. Memberi motivasi kepada guru untuk terus mendidik anak bangsa.

Selepas program, peserta dapat:

  1. Merasa bangga dengan pekerjaan yang mereka lakukan.
  2. Memahami tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendidik.
  3. Memperolehi semangat baru untuk mendidik.

Kursus Guru Dan IT

Pengenalan

Sebagai seorang pendidik, pengetahuan dalam menggunakan perisian komputer merupakan perkara yang sangat penting dan perlu dipelajari.

Melalui kursus ini, mereka akan mendalami ilmu penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point dengan betul dan cepat.

Kemahiran ini dapat meningkatkan produktiviti mereka sebagai pendidik dan mempelbagaikan penyampaian ilmu kepada murid.

Objektif program untuk:

  1. Memberi kemahiran baru untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
  2. Penerapan teknik dan kaedah mudah.
  3. Melahirkan pendidik yang inovatif dan berdedikasi.

Selepas program, peserta dapat:

  1. Memberi nafas baru dalam pengajaran dan pembelajaran.
  2. Menggunakan kemahiran tersebut untuk menjadi pengajaran lebih seronok.
  3. Menjimatkan masa guru dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

PAUTAN MENARIK

PUSTAKA NADWA SDN BHD

pustakanadwa@gmail.com

+6 03 8961 7180

No.7 Jalan Perusahaan 2/2A,
Taman Industri Selesa Jaya, Balakong,
43000 Selangor Darul Ehsan.

Share This

Share This

Share this post with your friends!