PROGRAM MURID
BERSAMA MEMBANGUN UMMAH CEMERLANG
Program Ready for UPKK/PSRA
Pengenalan
Program ini dirangka khas untuk:
- Murid-murid yang ingin mengetahui tentang hala tuju dan kepentingan peperiksaan UPKK/PSRA
- Murid-murid yang ingin berjaya dengan meletakkan strategi-strategi dalam proses pembelajaran.
- Memberi suntikan motivasi kepada ibu bapa dan murid-murid.
Objektif program untuk memberi:
- Informasi mengenai peperiksaan yang bakal ditempuhi.
- Pendedahan mengenai Teknik-Teknik Belajar berkesan.
- Motivasi kepada ibu bapa dan murid-murid.
Selepas program, peserta dapat:
- Mengetahui perkara penting mengenai peperiksaan tersebut
- Mengaplikasikan teknik-teknik belajar dalam proses pembelajaran
- Mengetahui peranan ibu bapa dan murid-murid untuk mencapai kejayaan.
Program Gerak Gempur UPKK/PSRA
Pengenalan
Pelajari tentang:
- Teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan
- Pembahagian masa untuk menjawab soalan
- Soalan-soalan sasaran
Melalui program yang disediakan khas untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPKK dan PSRA.
Objektif program untuk memberi:
- Teknik-teknik dan tips menjawab soalan peperiksaan.
- Panduan menjawab soalan mengikut peraturan pemarkahan.
- Kaedah pembahagian masa untuk setiap soalan.
Selepas program, peserta dapat:
- Mengaplikasikan teknik tersebut ketika menjawab soalan peperiksaan.
- Meningkatkan keyakinan untuk menduduki peperiksaan.
- Berasa lebih tenang dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
Program Zero to Hero
Pengenalan
- Pening memikirkan aktiviti untuk anak-anak sewaktu cuti sekolah?
- Mencari program untuk membina jati diri muslim dalam diri remaja?
Persoalan di atas akan terjawab dengan menyertai program cuti sekolah ini. Program yang dijalankan selama 2 hari 1 malam dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan serta mempunyai pengajaran yang amat berguna.
Objektif program untuk :
- Membentuk peserta mempunyai keperibadian dan sahsiah yang mulia.
- Membentuk minda peserta kepada minda fikir positif.
- Melahirkan peserta yang berjiwa besar dan lebih berani.
Selepas program, peserta dapat:
- Mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat.
- Mempelajari pelbagai kemahiran seperti bercakap, memimpin dan sebagainya melalui aktiviti yang dijalankan.
- Mengetahui nilai-nilai yang perlu ada untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Program Kem Celik IT
Pengenalan
Berminat untuk meningkatkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Office seperti:
- Microsoft Word
- Microsoft Power Point
- Microsoft Excel
Kem yang dijalankan selama 2 hari 1 malam ini menyediakan modul yang sesuai untuk mengunakan perisian tersebut dengan cara yang lebih mudah dan cepat.
Objektif program untuk:
- Peserta mempelajari kemahiran mengunakan Microsoft Office dengan mudah dan cepat.
- Melahirkan remaja muslim yang mahir mengunakan kemudahan teknologi maklumat.
- Peserta memahami kepentingan dan kelebihan Teknologi Maklumat.
Selepas program, peserta dapat:
- Mempelajari ilmu asas Microsoft Office.
- Mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru.
- Mendidik jiwa melalui aktiviti kerohanian yang dijalankan seperti qiamullai.
KHIDMAT NADWA