Program Pemulihan Jawi
Kelemahan dalam penguasaan Jawi di kalangan murid menjadi penyebab murid ketinggalan dalam pelajaran di sekolah-sekolah agama. Mereka perlu dibantu untuk menguasai jawi, tanpa kemahiran jawi, murid tidak akan dapat mempelajari dan memahami matapelajaran agama yang lain.
Tempat yang terbaik untuk anak-anak mempelajari ilmu agama adalah di sekolah-sekolah agama anjuran JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri.
Waktu yang paling sesuai untuk mempelajari agama adalah diperingkat awalan persekolahan sebagai ilmu asas kehidupan Islam.
Ceramah, tazkirah dan lain-lain kaedah pembelajaran agama yang tidak formal kurang sesuai untuk murid-murid di peringkat awal kerana tidak berstruktur.
Misi Pustaka Nadwa 2020 adalah menyeru para guru dan ibu bapa untuk
membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai Jawi
melalui kelas-kelas pemulihan. Kami yakin islam adalah untuk semua,
tidak untuk mereka yang cemerlang dalam akademik sahaja.
Oleh itu, kami Pustaka Nadwa telah menghasilkan beberapa siri buku
untuk pemulihan khas dalam menguasai jawi:
Mari Kuasai Jawi

Sesuai Dengan Judulnya, ‘Mari Kuasai Jawi’ Memuatkan Kaedah Mudah Dan Cepat Untuk Menguasai Kemahiran Berbahasa Menggunakan Tulisan Jawi Seperti Mengeja, Membaca Dan Menulis.
Buku Ini Amat Sesuai Digunakan Sebagai Modul Pemulihan Kepada Murid-murid Yang Memerlukan Perhatian Dan Bimbingan Dalam Menguasai Jawi.
Cerita Kanak-kanak

Siri Cerita Kanak-kanak Menyajikan 3 Buah Cerita Berbahasa Arab Dan 3 Buah Cerita Berbahasa Melayu Tulisan Jawi. Buku Ini Mengandungi Aktiviti Yang Menguji Kefahaman Dan Penguasaan Perbendaharaan Kata Di Penghujungnya.
Manakala Glosari Yang Menerangkan Makna Perkataan Dalam Bahasa Melayu Dilampirkan Juga Di Penghujung Buku Cerita Bahasa Arab.
Mahir Jawi

Mahir Jawi Merupakan Siri Memartabatkan Tulisan Jawi Dan Adat Budaya Melayu Yang Kian Hilang. Ianya Menghimpunkan Teka-teki, Pantun, Peribahasa, Komik Ringkas, Silang Kata Dan Beberapa Aktiviti Lain Yang Ditulis Dalam Tulisan Jawi.
Buku Ini Juga Merupakan Kesinambungan Bagi Buku Kelas Pemulihan Khas Berjudul ‘Mari Kuasai Jawi’.
KHIDMAT NADWA