PROGRAM UMUM

BERSAMA MEMBANGUN UMMAH CEMERLANG

Kursus Umum Bahasa Arab (Siri 1)

Pengenalan

Kursus ini memberi pendedahan mengenai teknik mudah untuk mempelajari dan memahami asas-asas Bahasa Arab.
Perkara yang akan diberi perhatian adalah asas Nahu dan Sarf.

Penguasaan kedua-dua asas ini membantu peserta untuk membina ayat, meyampaikan ucapan dan memperbetulkan bacaan dan doa-doa yang dipanjatkan.

Objektif program untuk:

  1. Memberi kemahiran baru dan mudah untuk menguasai Bahasa Arab.
  2. Membuang perspektif umum yang menyatakan Bahasa Arab sukar dipelajari.
  3. Melahirkan masyarakat yang mampu meguasai Bahasa Arab.

Selepas program, peserta dapat:

  1. Menguasai sebaik mungkin cabang Nahu dan Sarf.
  2. Memahami makna Al-Quran dengan lebih tepat.
  3. Mengajar asas-asas tersebut kepada masyarakat muslim yang lain.

Bengkel Teknik Hafazan

Pengenalan

Anda mengalami masalah sukar untuk menghafaz dan mengingat ayat Al- Quran?

Tercari-cari teknik mudah untuk menghafaz dan mengingat dengan cepat?

Jom sertai Bengkel Teknik Hafazan selama 1 hari yang menyediakan platform kepada murid-murid untuk mempelajari teknik-teknik menghafaz dengan mudah.

Objektif program untuk:

  1. Memberi kaedah baru untuk menghafaz.
  2. Penerapan teknik dan kaedah mudah untuk menghafaz.
  3. Melahirkan individu mahir menghafaz dan memahami intipati ayat tersebut.

Selepas program, peserta dapat:

  1. Mengaplikasikan teknik dan kemahiran yang diperolehi
  2. Menghafaz ayat-ayat Al-Quran dengan mudah
  3. Murid-murid berasa seronok untuk menghafaz

Kem Smart Solat

Pengenalan

Kem ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan tentang ibadat solat yang sempurna dari segi ilmu pengetahuan, pengahayatan solat, bacaan dan rukun.

Objektif program untuk:

  1. Memberi penerangan tentang solat dan kepentingannya.
  2. Memberi fokus kepada panduan berwudhu’, bertayammun, tertib solat dan bacaan dalam solat.
  3. Memberi kefahaman dan praktikal tentang cara solat yang betul berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Selepas program, peserta dapat:

  1. Memahami pentingnya ibadah solat.
  2. Melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
  3. Menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah.
  4. Mengaplikasikan cara berwudhu’ dan bertayammun dengan betul.

PAUTAN MENARIK

PUSTAKA NADWA SDN BHD

pustakanadwa@gmail.com

+6 03 8961 7180

No.7 Jalan Perusahaan 2/2A,
Taman Industri Selesa Jaya, Balakong,
43000 Selangor Darul Ehsan.

Share This

Share This

Share this post with your friends!