PUSTAKA NADWA SDN BHD

BERSAMA MEMBANGUN UMMAH CEMERLANG

Pustaka Nadwa
Pustaka Nadwa Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan panggilan “Nadwa” merupakan sebuah syarikat penerbitan milik bumiputera sepenuhnya yang telah beroperasi sejak November 2006 yang mana pada mulanya menggunakan nama Nadwa Enterprise. Pada tahun 2014, syarikat ini mula berkembang dan secara rasminya dinaik taraf kepada Pustaka Nadwa Sdn Bhd.

Berorientasikan muslim sebagai “ Khalifah Allah”, Pustaka Nadwa telah berjaya mencipta nama dengan :

Menjadi pelopor dalam penghasilan buku-buku sokongan dan aktiviti bagi subjek kelas agama Fardhu Ain (KAFA) yang mengkhususkan pada peperiksaan UPKK kendalian JAKIM.

Bertunjangkan moto ‘Bersama Membangun Ummah Cemerlang’ Pustaka Nadwa terus mengorak langkah menghasilkan produk dan perkhidmatan yang dapat membantu masyarakat seperti :

  • Mempopularkan Bahasa Arab melalui buku-buku teknik belajar Bahasa Arab.
  • Memperkenalkan dan mewujudkan seminar, dan kem latihan berkelompok bagi memberi peluang kepada sekolah-sekolah berstatus kecil dan sederhana menghantar penyertaan.
  • Mengelola dan mengendali Kursus dan Seminar kepada kakitangan kerajaan, guru-guru KAFA, dan masyarakat umum.
  • Mewujudkan sistem pengurusan Sekolah Rendah Agama (ESPAS atas talian yang pertama di Malaysia
  • Dalam usaha mewujudkan sistem pembelajaran online hasil dari sistem pengurusan.

Dengan izin Allah S.W.T dan berkat usaha yang tidak putus, Pustaka Nadwa akan terus memainkan peranannya sebagai pencetus kepada globalisasi dan pembangunan ummah melalui bahan-bahan yang dikeluarkan. Masyarakat dunia seharusnya memandang umat islam di atas kejayaan kita menguasai pebagai bidang ilmu, dan menjadi pelopor kepada ilmu-ilmu ALLAH yang amat luas.

Wallahualam.

Share This

Share this post with your friends!