TENTANG KAMI

BERSAMA MEMBANGUN UMMAH CEMERLANG

Cerita Kami

Pustaka Nadwa Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan panggilan “Nadwa” merupakan sebuah syarikat penerbitan milik bumiputera sepenuhnya yang telah beroperasi sejak November 2006 yang mana pada mulanya menggunakan nama Nadwa Enterprise. Pada tahun 2014, syarikat ini mula berkembang dan secara rasminya dinaik taraf kepada Pustaka Nadwa Sdn Bhd.

Berorientasikan muslim sebagai “ Khalifah Allah”, Pustaka Nadwa telah berjaya mencipta nama dengan :

Menjadi pelopor dalam penghasilan buku-buku sokongan dan aktiviti bagi subjek kelas agama Fardhu Ain (KAFA) yang mengkhususkan pada peperiksaan UPKK kendalian JAKIM.

Bertunjangkan moto ‘Bersama Membangun Ummah Cemerlang’ Pustaka Nadwa terus mengorak langkah menghasilkan produk dan perkhidmatan yang dapat membantu masyarakat seperti :

  • Mempopularkan Bahasa Arab melalui buku-buku teknik belajar Bahasa Arab.
  • Memperkenalkan dan mewujudkan seminar, dan kem latihan berkelompok bagi memberi peluang kepada sekolah-sekolah berstatus kecil dan sederhana menghantar penyertaan.
  • Mengelola dan mengendali Kursus dan Seminar kepada kakitangan kerajaan, guru-guru KAFA, dan masyarakat umum.
  • Mewujudkan sistem pengurusan Sekolah Rendah Agama (ESPAS atas talian yang pertama di Malaysia
  • Dalam usaha mewujudkan sistem pembelajaran online hasil dari sistem pengurusan.

Dengan izin Allah S.W.T dan berkat usaha yang tidak putus, Pustaka Nadwa akan terus memainkan peranannya sebagai pencetus kepada globalisasi dan pembangunan ummah melalui bahan-bahan yang dikeluarkan. Masyarakat dunia seharusnya memandang umat islam di atas kejayaan kita menguasai pebagai bidang ilmu, dan menjadi pelopor kepada ilmu-ilmu ALLAH yang amat luas.

Wallahualam.

VISI

Syarikat menjadi pemangkin kepada kemajuan ummah melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran hidup dan penghayatan menyeluruh terhadap Al- Quran & Al-Sunnah melalui produk dan perkhidmatan yang disediakan.

MISI

  • Menerbit dan mengedarkan bahan-bahan bacaan akademik dan umum yang berkualiti.
  • Memberikan perkhidmatan tenaga pengajar dan pengelola kursus, bengkel, seminar dan kelas-kelas pembelajran Bahasa Arab.
  • Menyediakan sistem pengurusan atas talian yang efektif dan efisyen khusus bagi kegunaan Jabatan Agama, Institusi Islam dan sekolah-sekolah aliran agama.
  • Mewujudkan sistem pembelajaran atas talian dengar kadar yang berpatutan.

MOTO

BERSAMA MEMBANGUN UMMAH CEMERLANG

Dengan pengalaman serta kepakaran, biar kami Bantu Anda

Organisasi Nadwa

Kumpulan Pengurus Nadwa

AB HALIM BIN YAACOB
PENGARAH URUSAN

PUSTAKA NADWA SDN BHD

CHE HAZLINA BINTI CHE MAN
PENGARAH PERAKAUNAN & PENGURUSAN PEJABAT

PUSTAKA NADWA SDN BHD

MOHD MUSYAFFA’ BIN MOHD FADZIN
PENGARAH OPERASI

PUSTAKA NADWA SDN BHD

PAUTAN MENARIK

PUSTAKA NADWA SDN BHD

pustakanadwa@gmail.com

+6 03 8961 7180

No.7 Jalan Perusahaan 2/2A,
Taman Industri Selesa Jaya, Balakong,
43000 Selangor Darul Ehsan.

Share This